| |
Terma & Syarat
1. Anda boleh booking sebarang kaftan dengan kami dengan syarat anda mesti membayar 50% deposit harga barang yang anda inginkan.
2. Jika ada pertindihan pesanan produk, pihak GaleriKaftan.com akan mendahulukan kepada mereka yang terlebih awal memaklumkan pesanan kepada kami.
3. Penghantaran akan dibuat pada hari bekerja iaitu Ahad hingga Khamis dan Sabtu. Pesanan anda akan sampai keesokkan harinya bagi kawasan tertentu dan selewat-lewatnya lusa pada kawasan yang agak terpencil. Bagi pelanggan luar Malaysia, pesanan akan sampai dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak POS MALAYSIA. Untuk semakan, layari http://www.pos.com.my
4. Kos Penghantaran:
1-2 helai : Sem Msia (RM6), Sabah Srwak (RM10)
5-9 helai : Sem Msia (RM10), Sabah & Srwk (RM37)
10 helai : Sem Msia (RM20), Sabah Srwak (RM40)
5. Manakala untuk penghantaran pesanan yang ingin menggunakan perkhidmatan courier bas, akan diposkan pada malam hari setelah bayaran dibuat menggunakan Perkhidmatan Courier Bas Transnasional. Bas biasanya bertolak pada pukul 9.00 - 10.00 malam (mengikut destinasi). Sila maklumkan terlebih dahulu, destinasi anda untuk semakan kaunter Courier Service terdekat. Perkhidmatan ini hanya untuk pelanggan di Semenanjung Malaysia sahaja.
6. Pihak GaleriKaftan.com akan memeriksa setiap helaian tudung dan kaftan sebelum dipaparkan di web dan sebelum diposkan kepada pelanggan (utk borong) demi menjaga kualiti produk dan kepuasan pelanggan. Jika berlaku sebarang kerosakkan atau kecacatan produk disebabkan khidmat pos, kos memulangkan balik produk kepada kami akan ditanggung oleh anda, dan kos penghantaran pulang produk ke tangan anda akan ditanggung oleh kami.
7. Pihak GaleriKaftan.com hanya akan menanggung sepenuhnya kos pos jika berlaku kesilapan dari pihak kami. Sebagai contoh, pesanan produk tidak sama dengan kod yang diminta.
8. Sekiranya pesanan anda tidak sampai pada masa yang ditetapkan, sila maklumkan kepada kami dengan kadar yang segera.
9. Penukaran adalah di benarkan.Harga kaftan yang hendak di tukar mestilah sama dengan harga kaftan yang hendak di tukar, penukaran wang tunai adalah tidak di benarkan sama sekali.Segala kos pos di tanggung oleh anda.
10. Sila simpan detail payment untuk tujuan semakan jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan . Pihak kami tidak akan bertanggungjawap jika segala di atas tidak di patuhi jika anda ingin menuntut sesuatu kelak.
|
|